When I watch back the photo and
video of PLKN TELUK RUBIAH, really can’t image 75 day at there was pass. But in
my memories, it told me that I just went to NS yesterday.
4 January, the day I went to Stadium
Shah Alam to take a bus to PLKN TELUK RUBIAH. My father left me there and I
look so sad. At there I meet See Kee … we sit together in bas. Who was the
cikgu pengirim of the day, I can’t remember but I remember the bas driver and
the bas… Haha XD (RHB 2, BJS 7776) my bas!!
We take 4 and half of hours to reach
PLKN. 2 o’clock we reach there. Just step out from the bas, I saw a
photographer was standby with his camera and take our photo.
At dewan, we put down our luggage,
teacher asked Muslim go to solat and non-muslim eat lunch. See Kee and me went
to dewan makan and eat lunch, one Chinese teacher come to us and give some
advised. He ask us try to eat faster because after this we have no time. The
teacher is Cikgu Tiong.
After lunch, we went to register. After register, we went to pondok kereta
infront bilik pengurusan to try the shoe. At there, many funny things had happen.
Seven teachers were at there.
“Cikgu, apa nak buat kat sini?” tanya
saya.
“Try kasut dan ingat size. Lepas tu
tulis nama kat meja sana.” Jawab cikgu.
“Ok, cikgu.” Jawab saya.
Lepas try kasut, tulis nama dan
ambil barang, beg plastic, getah…
“Ini tak payah ambil.”
“Kenapa?”
“Ini tudung, kamu nak pakai ke?”
“Boleh juga.”
Semua cikgu ketawa.
“Cikgu, lepas ni nak pergi mana?”
Tanya saya lagi.
“Pergi Carrefour.” cikgu yang main phone jawab.
“Carrefour? Kat sini ada shoping
mall ke?”
“Kat sini, giant, tesco semua ada.”
“Kat mana, cikgu nak bawa pergi
lepak ke?”
“Kat depan tu je, masuk dalam ambil
kasut dan baju.”
Itu tempat namanya Logistik tapi
cikgu-cikgu panggilnya sebagai shopping mall…
Kat dalam logistik,
“cikgu, nak beli kasut.”
“size apa?”
“9,9,7”
“Ini kasut kelas dan sukan, masuk
dalam ambil baju dan bayar tau.”
“Terima kasih cikgu.”
Masuk dalam, cikgu dalam pula tanya
nak baju size apa, saya pula tak tahu. “Agak-agak la cikgu, saya tak tahu size
apa.” Ambil baju, seluar dan spike boot. Lepas tu keluar dari pintu belakang,
cikgu yang berada kat pintu belakang suruh pergi makan KFC kat belakang pula.
“KFC, I’m coming.” bising dalam hati. Waiting for See kee…
Dah ambil barang, saya dan See Kee
balik semula ke dewan untuk letak barang yang sudah ambil kat logistik sebelum
berjalan pergi belakang untuk ambil baju lagi. “celoreng di sini” saya nampak
satu sign board dan pusing masuk ke dalam.
“Selamat petang cikgu.” Ucap saya.
“ambil loreng kan, nak size apa?”
“M~”
“ Terima kasih cikgu.”
Dah ambil semua barang, sekarang
time untuk masuk dorm.Kat dewan,
“cikgu, nak tanyak, dorm saya dekat
mana?”
“kamu dorm apa?”
“Tak tahu.”
“Mana kertas pink yang tadi cikgu
bagi?”
Saya mengeluarkan kertas pink dan
bagi kat cikgu.
“Mariam, kamu masuk dari pintu pertama
dan bilik kedua sebelah kiri kamu adalah dorm kamu.”
“Terima kasih cikgu.”
“Simpan baik-baik kertas pink ni,
jangan hilang.”
“Ok, cikgu.”
Dah tahu dorm kat mana, ambil semua
barang saya dan masuk ke dorm. Banyaknya barang, macam baru balik dari shopping.
Depan dorm, knock the door than buka pintu.
“Assalamualaikum, boleh saya
masuk.” Semua orang kat dalam dorm
tengok kat saya, terkejut agarnya. 10 saat kemudian,
“masuklah, no.index berapa?” budak
kat katil 4 jawab.
“702”
“oh, katil no. 2, itu katil kamu dan
sebelahnya locker kamu.”
“terima kasih.”
Saya letak barang-barang saya dan
keluar dorm untuk cari See Kee. See Kee punya dorm depan dorm saya, katil no.2
juga.. no.index dia 802. Masuk dorm See Kee dan bersembang dengan dia. Than See
Kee bagi tahu nak kemas barang baru saya balik ke dorm semula.masuk dorm je,
saya nampak sebelah katil saya dah ada orang. Seorang india. Dia sedang kemas
barang dia dan berbual-bual dengan kawan sebelah dia.
“banyaknya barang kamu bawa, semua
barang kamu bawa double, kenapa”
“saya dengarkawan saya cakap kat kem
ada banyak pencuri, apa-apa sahaja dia orang akan curi, berus gigi pun dia
orang curi.”
“ curi untuk apa?”
“gunalah, dia orang lupa bawa than
curi orang lain punya.”
….
Saya sambil kemas barang saya sambil
dengar mereka berbual. Try baju, try seluar, tapi bukan semua saya try, hanya
separuh je. Than letak balik kat plastic pula.. malasnya saya ni.. seluar kelas
sangat ketat, cari See Kee teman pergi tukar seluar. Kat luar logistik,
“Hai cikgu, saya datang lagi.”
“Buat apa?”
“Sahaja, boring, nak kacau cikgu.”
Lepas tu masuk logistik.
“cikgu nak tukar seluar, size 32.”
(ini untuk See Kee, seluar dia saya sudah ambil.)
Ambil seluar keluar dari pintu
belakang.
“Dah pergi makan KFC?” Tanya cikgu.
“KFC? Mana dapatnya KFC, pergi ambil
baju askar je.”
“dah habis kot, sebab kamu sampai
lambat.”
Lawak betul cikgu-cikgu semua ni.
Hahahha (miss the moment)
Kat dorm,
“Banyaknya barang nak kemas,
malasnya.” Bising saya dalam hati. So apa saya buat, ambil semua barang dan
masukkan ke dalam locker je, without kemas. Nasib baik locker tu muat untuk
saya letak semua barang yang saya bawa. Beg baju yang saya pun boleh masuk ke
dalam locker. Okay, tutup locker, bersihkan katil dulu. (kalau siapa yang buka
locker saya, dia akan terkejut :P )
6 lebih, cikgu kat dewan bising
suruh keluar untuk makan malam. Saya keluar dengan pakaian masa lapor diri +
seliper. Kalau nak cakap bukan saya je pakai macam tu, semua orang pakai
pakaian sendiri. Kena tegur, cikgu-cikgu bagi tahu lepas ni semua kena pakai
baju JLKN semasa berada di luar dorm.
Dah makan dinner, balik dorm ambil
baju pergi dorm lain cari kawan teman pergi mandi. Masuk tandas no.9 bilik air
1. Pintu tak boleh tutup, tak ada tempat untuk gantung baju juga, buka air, air
satu titik satu titik. My god, nak mandi macam mana!! Me, Yin Chia and Tian Sin
was bising at the tandas. Hampir setengah jam kita berada kat tandas. == Mandi
dengan air setitik setitik.
Malam pula ada taklimat kat dewan,
cikgu cakap kat depan saya mengantuk kat belakang. Selesema, mata tak boleh
buka pula. Apa cikgu cakap saya pula tak tahu. Habis taklimat masuk dorm tidur.
Saya pula tak dapat nak tiduk. One night can’t sleep, deman panas pula. :”(
Second day, pukul 7 pagi, See Kee
teman saya pergi jumpa cikgu kat dewan. Deman panas, sakit kepala, selesema..
semua penyakit datang cari saya, rasa nak mati je. Cikgu pula suruh tunggu
sebab doctor tak datang lagi. 15 minit kemudian, cikgu suruh masuk medic, jumpa
doctor, check temperature, 38.8C . Dortor suruh pergi breakfast dulu than makan
ubat than mandi. Lepas breakfast berkumpul di dewan, cikgu suruh masuk dorm dan
bersihkan dorm, cuci tandas… Saya masuk dorm baring kat katil ambil selimut
tutup satu badan. Hampir 2 jam berlalu, apa kawan-kawan saya buat saya tak
ambil tahu. Tiba-tiba saya dengar no.index saya dipanggil. Bangun pergi dewan,
cikgu pula suruh pergi medic. Check temperature lagi, tak turun. Doktor tanya
dah mandi ke belum. “ Belum” jawab saya. Doktor suruh pergi mandi dan datang
lagi pada petang. Balik dorm, mandi. Lepas mandi saya rasa segar dah, jalan
sini jalan sana, bersembang dengan kawan. Than makan tengah hari, lepas lunch
pergi medic check temperature, turun sikit je. Masuk dorm, sekarang baru saya
nak kemas barang saya. Keluarkan baju-baju dari beg plastic dan gantung kat
locker susun barang elok-elok. Check balik semua size baju dan seluar. Baju
kelas Nampak terlalu besar, pergi logistic tukar… Siap kemas iron baju pula,
petang-petang tinggal saya seorang kat dorm je. Semua dah hilang tak tau pergi
mana. Than ada budak baru start masuk dorm. Seorang Chinese.
“Hai, no.index berapa?” Tanya saya.
“708.” Jawabnya.
Saya bawa dia ke katil dia dan
berbual-bual dengan dia. Her name is Suki. Than See Kee pula datng cari saya.
Kami keluar pergi kenal kawan baru. Merayau sini sana, orang yang deman tapi
nampak aktif pula. Sekejap sini sekejap sana than kena marah dari See Kee, Ong
dan Suki. Mereka suruh saya balik dorm dan rehat. Tapi saya biarkan dan pada
masa tu saya sedang cari seorang kawan yang saya kenal kat facebook sebelum
masuk kem iaitu Jia Min. Akhirnya saya dapat jumpa dia masa makan malam kat
dewan makan. Malam pergi check temperature lagi, deman lagi. Doktor bagi tahu
kalau esok tak baik lagi kena hantar hospital. Malam taklimat lagi, saya
mengantuk lagi. Malam ni tidur dengan Suki, dengan kawan baru.
Hari ketiga, macam semalam juga ada
pendaftaran pelatih masuk kem. Hari ni saya letih sangat sampai tak nak bangun
dari tiduk. Lepas breakfast terus baring kat katil, badan saya jadi semakin
panas, menangis seorang kat dorm. “Kenapa deman tak turun?” bising hatiku. Ong
dan Suki datang panggil saya pergi medic, saya pula tak nak sebab takut
dihantar ke hospital. Mereka tarik saya pergi medic, nasib baik doctor semalam
tak ada. Doktor lagi pula hari ni, check temperature, deman tinggi, kena cucuk
dan masuk air. Doktor semalam pula masuk dan Nampak saya, dia cakap budak cina
ni deman dari semalam tak turun-turun, kena hantar hospital. Nangis lagiku masa
dengar kena hantar hospital. Tengah hari, cikgu medic suruh kawan saya ambil
nasi untuk saya. Ong dan kawannya Zi
Xuan bawa nasi datang ke medic. Ong suap saya makan. ( terima kasih Ong.) Masa
tu kat medic ada 4 doctor. (cikgu Hanif, cikgu Dayah, cikgu Ani, dan cikgu Hazri
) >.<
Lepas masuk air saya jadi semakin
letih, so rest kat dorm je. Budak baru satu demi satu masuk dorm saya pun tak
ambil tahu. Ada Tanya nama mereka tapi tak ingat pula. Yang saya tahu kat dorm
saya ada banyak nama Farah, Farah depan, Farah belakang, itu yang saya panggil,
ada budak nama Ming, yy,Su… Tapi siapa orangnya saya tak tahu. Asyik salah
kenal orang je. ==”’ hanya Ong dan Suki saya ingat sebab mereka banyak bersama
dengan saya pada dua hari tu. Hari ketiga adalah hari terakhir pelatih-pelatih
melaporkan diri dan pada keesokan semua aktiviti akan mula. Malam pergi medic
check temperature, tak ada deman dah,
begitu gembira saya. Tapia pa yang akan berlaku pada hari-hari yang akan
datang…. (kalau nak cerita satu demi satu hari sampai bila-bila pun takkan
habis, kenangan manis dan pahit kat sana dah jadi kenangan paling berharga
kepada saya, sampai bila-bila pun tak kan lupa. )
For the first month kat NS,
kesihatan saya tak pernah ok, penyakit satu demi satu datang cari saya. @.@ Apa
yang telah berlaku, apa aktiviti yang telah dijalankan, apa cikgu ajar kat
kelas, saya tak berapa ingat sebab for the first month, saya kurang tulis
diary. Kalau tak salah, ada perbinaan pasukan, pemilihan ketua-ketua, ceramah,
kawad dan sebagainya.
Semasa pembinaan pasukan, wira dan wirawati
bergambung dan saya dapat berkenal dengan banyak budak wira. Kita berkerjasama
menyiapkan bendera, matlamat, sorakan… bagi company kita iaitu company Charlie
dan membentangkan di atas pentas. Nama company kami ialah “Charlie Generasi
Berwawasan”. Dalam perbinaan pasukan kami dapat no.2.
Kat kelas pula kita belajar modul
pembinaan karakter. Cikgu kelas saya ialah Cikgu Azwan dan Cikgu Sarimah.
Kadang-kadang Cikgu Rafeah dan Cikgu Sumiran akan masuk ke kelas kita iaitu
kelas 3. Pada mulanya kelas bagi saya memang seronok tapi lama kelamaan jadi
bosan. Saya pula asyik tak sihat so start tidur kat kelas. Kat kelas ada 8
kumpulan, saya kumpulan 6. Kumpulan saya ada 9 ahli iaitu saya, Liyana, Lim,
Leong, Thanes, Man, Idin dan Ameer. Nama kumpulan kami ialah BRAVE. Satu kelas hampir
ada 80 orang pelatih dan dikendali oleh 2 orang cikgu. I love the class, my
friends and also the teachers. (Rindu kelas cikgu Azwan, harap boleh masuk
lagi.)
13 January, tiba-tiba ada
spot-check, cikgu-cikgu masuk ke dorm, barang-barang kat locker dikeluarkan dan
baju-baju berselerak di atas katil. “ Lelong, lelong…” jerit cikgu sambil ambil
baju saya. My god, saya lompat sini dan sana dan jerit “Tolong~, cikgu tolong
kemas balik nanti…” Dah lah penat than kena kemas barang lagi. Nasib baik saya
ada penyakit tak boleh tengok barang berselerak, akhirnya saya kemas
barang-barang saya dan susun baik-baik.
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan
pada bulan pertama saya tidak menyertai sebab asyik tak sihat dan dapat LDOD. 17
January 12.00 malam dah start duty malam. For the first round, saya masuk, roda
pukul 4 sampai 6 pagi. (19 January) Partner saya ialah Ain. Kami beroda bersama
Hanim dan Priya sekali 2 jam. Beberapa hari selepas roda malam, deman datang
cari saya lagi. Hari tu hari perasmian ketua-ketua, pakaian full loreng,
pagi-pagi ada raptain. Apa yang sudah berlaku pada hari tu, saya tak pasti yang
saya tahu sekeliling saya banyak kawan yang tolong jaga saya, bawa saya pergi
medic. Deman panas sampai 39.4C, cikgu medic bagi makan ubat dan suruh pergi
mandi. YY dan ah thung teman saya pergi mandi. (Kepada kawan-kawan yang jaga
saya semasa saya sakit, saya ucap ribuan terima kasih dan juga kepada cikgu
medic yang selalu sabar dengan perangai saya. Jasa dan budi kawan-kawan dan
cikgu-cikgu kepada saya, sampai bila-bila pun saya tak kan lupa.)
Deman panas dua tiga hari tak baik +
muntah pula than kena cucuk dan masuk air lagi. Lepas masuk air, deman pin
turun, sakit tekak pula datang sampai suara pun hilang. Hari Jumaat selalunya
ada kawad pada petang, kawad bawah matahari yang terik. Saya tak pergi kawad
duduk bawah pokok pun rasa nak pengsang, deman lagi. Kehidupan saya kat NS pada
bulan pertama macam ni lah, asyik deman, asyik tak sihat sehingga tahun baru
cina. Hampir setiap hari saya pergi medic dan berehat kat situ. ( Medic dah
jadi macam rumah saya, kat dalam ada ibu, mama dan juga ayah. Rasa nak balik
sana je sekarang.)
Setiap hari Khamis masa time riadah
ada mentor mentee. Cikgu Sarif ialah Mentor saya. Perjumpaan kami berada di
belakang Café. Satu kumpulan 12 orang pelatih, 6 wira dan 6 wirawati, semua
dari company Charlie. For the first aktiviti mentor mentee, kita ada aktiviti
pijak surat khabar. Saya, Sofia, Hanim dan 2 budak dorm Siti Khadijah (nama
lupa, sorry) satu kumpulan. Lipat surat khabar sampai paling kecil dan pijak di
atas.
25 January, saya nampak sihat, so
pergi join aktiviti gotong-royong kat rumah orang-orang tua dan rumah anak
yatim di Manjung. Di sana, saya dapat jumpa kawan saya yang satu sekolah dengan
saya. Dia dari kem Segari. Budak kem Segari pakai half-loreng manakala kami
pakai baju bebas + vest sukarela. Saya, yy dan Shiermay mengambil tugas lap
tingkap di rumah anak yatim. Semua orang mempunyai tugas masing-masing seperti
menghias rumah anak yatim dan rumah orang tua, mengecat dinding, membersihkan
taman, dan sebagainya. Kami membuat kerja sambil bersembang, so tak rasa penat
sangat. Tengah hari, kami makan lunch kat sana sebelum pulang ke kem.
Gotong-royong bagi saya memang penat tapi seronok. Petang ada ceramah kerjaya
dari pihat College dan Universiti. Petang-petang macam tu, cuaca panas membuat
orang mengantuk. Tidurlah saya kat dewan tu, Charles pula datang kacau. Lepas
ceramah, minum petang dan Tuan TKP pula suruh pelatih yang pergi gotong-royong
pagi tadi berkumpul kat dewan. Rupanya nak bagi tahu kejap nanti dapat pergi
Aeon. Itu perjanjian komandan semalan. Tak sangka duduk kat PLKN pun dapat
pergi shopping. Malam semasa nak pulang balik ke kem, ada dua orang hilang,
samapi Tuan TKP datang cari. Mereka pula lari ke bas, sampai kat bas seorang
pengsan. Malam tu banyak orang tak sihat, ada yang muntah, ada yang pening…
termasuk saya. Hari tu adalah hari yang paling penat, dari pagi sampai malam
tak ada masa nak rehat langsung. Nasib baik keesokan hari Ahad tak payah bangun
awal untuk PT pagi, tapi for non-muslim kami ada kelas agama kat tokong.
First month kat NS come to end, 29
January, last day at camp than 4 days holiday for Tahun Baru Cina. Pagi-pagi
macam biasa ada PT pagi, ada kelas… sebelum masuk ke kelas, saya pergi medic
ambil ubat antibiotic. Kosong je medic hari tu, tinggal seorang doctor kat
dalam je. Selalunya time macam tu medic akan penuh dengan pelatih yang sakit.
Kebanyakan pelatih nampak happy je pada hari tu sebab petang dah boleh balik
dah, bagi yang family datang ambil je. Kesian budak yang balik dengan bas,
mereka balik esok dan petang ada kawad pula. Selepas lunch, balik dorm kemas
barang, bersiap sedia untuk balik, tak sabar nak balik dah… Saya tak balik
rumah kat Shah Alam, terus balik ke kampong di Kuala Kangsar. Tumbang kereta Ah
thung balik ke rumah dia untuk tunggu keluarga yy datang ambil kita. Semasa
tunggu keluarga ah thung datang, kami berada di dewan. Saya pula dengan
kawan-kawan lain bersembang dengan cikgu kauselling. A’o bagi tahu: dia buat
penanguhan dan tak kan balik ke kem lepas tahun baru cina. ( A’o ketua company
wirawati Charlie, kalau dia buat penanguhan siapa yang akan ganti dia nanti,
fikir saya.)
The story will be continues… but I
duuno how to continues so just stop at here. XD
KEM PLKN TELUK RUBIAH, LUMUT, PERAK,
MUKIM SETIAWAN LUMUT,32040,SRI MANJUNG,PERAK
Like ur stories... all sweet memories ^^
ReplyDelete