Friday, May 2, 2014

lirik lagu Tegar~

Ku yang dulu bukanlah yang sekarang...
Dulu ditendang sekarang ku disayang...
Dulu dulu dulu ku menderita...
Sekarang aku bahagia..
Cita - citaku menjadi orang kaya...
Dulu ku susah sekarang alhamdulillah...
Bersyukurlah pada Yang Maha Kuasa..
Memberi jalan untukku semua...

Hidupku dulunya seorang pengamen...
Pulang malam selalu bawa uang recehan...
Mengejar cita-cita paling mulia...
Membantu keluarga dirumah....


Sekolah dulu ku nggak punya biyaya...
Terpaksa ku harus mencari nafkah...
Tetapi aku tak berputus asa...
Pasti yang Kuasa memberi jalannya...

Hidupku dulunya seorang pengamen...
Pulang malam selalu bawa uang recehan...
Mengejar cita-cita paling mulia...
Bersyukur masuk dapur rekaman....

Hidupku dulunya seorang pengamen...
Pulang malam selalu bawa uang recehan...
Mengejar cita-cita paling mulia...
Bersyukur masuk dapur rekaman....

Sekolah dulu ku nggak punya biyaya...
Terpaksa ku harus mencari nafkah...
Paling bisa bantu dengan penuh cinta...
Cinta yang penuh warna...

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang...
Dulu ditendang sekarang kudisayang...
Dulu dulu dulu ku menderita..
Sekarang aku bahagia..
Cita - citaku menjadi orang kaya...
Dulu ku susah sekarang alhamdulillah...
Bersyukurlah pada Yang Maha Kuasa..
Memberi ohhh...
Memberi jalan untukku semua...

Thursday, May 1, 2014

about Ns~

Second day, pukul 7 pagi, See Kee teman saya pergi jumpa cikgu kat dewan. Deman panas, sakit kepala, selesema.. semua penyakit datang cari saya, rasa nak mati je. Cikgu pula suruh tunggu sebab doctor tak datang lagi. 15 minit kemudian, cikgu suruh masuk medic, jumpa doctor, check temperature, 38.8C . Dortor suruh pergi breakfast dulu than makan ubat than mandi. Lepas breakfast berkumpul di dewan, cikgu suruh masuk dorm dan bersihkan dorm, cuci tandas… Saya masuk dorm baring kat katil ambil selimut tutup satu badan. Hampir 2 jam berlalu, apa kawan-kawan saya buat saya tak ambil tahu. Tiba-tiba saya dengar no.index saya dipanggil. Bangun pergi dewan, cikgu pula suruh pergi medic. Check temperature lagi, tak turun. Doktor tanya dah mandi ke belum. “ Belum” jawab saya. Doktor suruh pergi mandi dan datang lagi pada petang. Balik dorm, mandi. Lepas mandi saya rasa segar dah, jalan sini jalan sana, bersembang dengan kawan. Than makan tengah hari, lepas lunch pergi medic check temperature, turun sikit je. Masuk dorm, sekarang baru saya nak kemas barang saya. Keluarkan baju-baju dari beg plastic dan gantung kat locker susun barang elok-elok. Check balik semua size baju dan seluar. Baju kelas Nampak terlalu besar, pergi logistic tukar… Siap kemas iron baju pula, petang-petang tinggal saya seorang kat dorm je. Semua dah hilang tak tau pergi mana. Than ada budak baru start masuk dorm. Seorang Chinese.
“Hai, no.index berapa?” Tanya saya.
“708.” Jawabnya.
Saya bawa dia ke katil dia dan berbual-bual dengan dia. Her name is Suki. Than See Kee pula datng cari saya. Kami keluar pergi kenal kawan baru. Merayau sini sana, orang yang deman tapi nampak aktif pula. Sekejap sini sekejap sana than kena marah dari See Kee, Ong dan Suki. Mereka suruh saya balik dorm dan rehat. Tapi saya biarkan dan pada masa tu saya sedang cari seorang kawan yang saya kenal kat facebook sebelum masuk kem iaitu Jia Min. Akhirnya saya dapat jumpa dia masa makan malam kat dewan makan. Malam pergi check temperature lagi, deman lagi. Doktor bagi tahu kalau esok tak baik lagi kena hantar hospital. Malam taklimat lagi, saya mengantuk lagi. Malam ni tidur dengan Suki, dengan kawan baru.
Hari ketiga, macam semalam juga ada pendaftaran pelatih masuk kem. Hari ni saya letih sangat sampai tak nak bangun dari tiduk. Lepas breakfast terus baring kat katil, badan saya jadi semakin panas, menangis seorang kat dorm. “Kenapa deman tak turun?” bising hatiku. Ong dan Suki datang panggil saya pergi medic, saya pula tak nak sebab takut dihantar ke hospital. Mereka tarik saya pergi medic, nasib baik doctor semalam tak ada. Doktor lagi pula hari ni, check temperature, deman tinggi, kena cucuk dan masuk air. Doktor semalam pula masuk dan Nampak saya, dia cakap budak cina ni deman dari semalam tak turun-turun, kena hantar hospital. Nangis lagiku masa dengar kena hantar hospital. Tengah hari, cikgu medic suruh kawan saya ambil nasi untuk saya. Ong dan kawannya  Zi Xuan bawa nasi datang ke medic. Ong suap saya makan. ( terima kasih Ong.) Masa tu kat medic ada 4 doctor. (cikgu Hanif, cikgu Dayah, cikgu Ani, dan cikgu Hazri ) >.<
Lepas masuk air saya jadi semakin letih, so rest kat dorm je. Budak baru satu demi satu masuk dorm saya pun tak ambil tahu. Ada Tanya nama mereka tapi tak ingat pula. Yang saya tahu kat dorm saya ada banyak nama Farah, Farah depan, Farah belakang, itu yang saya panggil, ada budak nama Ming, yy,Su… Tapi siapa orangnya saya tak tahu. Asyik salah kenal orang je. ==”’ hanya Ong dan Suki saya ingat sebab mereka banyak bersama dengan saya pada dua hari tu. Hari ketiga adalah hari terakhir pelatih-pelatih melaporkan diri dan pada keesokan semua aktiviti akan mula. Malam pergi medic check temperature, tak  ada deman dah, begitu gembira saya. Tapia pa yang akan berlaku pada hari-hari yang akan datang…. (kalau nak cerita satu demi satu hari sampai bila-bila pun takkan habis, kenangan manis dan pahit kat sana dah jadi kenangan paling berharga kepada saya, sampai bila-bila pun tak kan lupa. )
For the first month kat NS, kesihatan saya tak pernah ok, penyakit satu demi satu datang cari saya. @.@ Apa yang telah berlaku, apa aktiviti yang telah dijalankan, apa cikgu ajar kat kelas, saya tak berapa ingat sebab for the first month, saya kurang tulis diary. Kalau tak salah, ada perbinaan pasukan, pemilihan ketua-ketua, ceramah, kawad dan sebagainya.
Semasa pembinaan pasukan, wira dan wirawati bergambung dan saya dapat berkenal dengan banyak budak wira. Kita berkerjasama menyiapkan bendera, matlamat, sorakan… bagi company kita iaitu company Charlie dan membentangkan di atas pentas. Nama company kami ialah “Charlie Generasi Berwawasan”. Dalam perbinaan pasukan kami dapat no.2.
Kat kelas pula kita belajar modul pembinaan karakter. Cikgu kelas saya ialah Cikgu Azwan dan Cikgu Sarimah. Kadang-kadang Cikgu Rafeah dan Cikgu Sumiran akan masuk ke kelas kita iaitu kelas 3. Pada mulanya kelas bagi saya memang seronok tapi lama kelamaan jadi bosan. Saya pula asyik tak sihat so start tidur kat kelas. Kat kelas ada 8 kumpulan, saya kumpulan 6. Kumpulan saya ada 9 ahli iaitu saya, Liyana, Lim, Leong, Thanes, Man, Idin dan Ameer. Nama kumpulan kami ialah BRAVE. Satu kelas hampir ada 80 orang pelatih dan dikendali oleh 2 orang cikgu. I love the class, my friends and also the teachers. (Rindu kelas cikgu Azwan, harap boleh masuk lagi.)
13 January, tiba-tiba ada spot-check, cikgu-cikgu masuk ke dorm, barang-barang kat locker dikeluarkan dan baju-baju berselerak di atas katil. “ Lelong, lelong…” jerit cikgu sambil ambil baju saya. My god, saya lompat sini dan sana dan jerit “Tolong~, cikgu tolong kemas balik nanti…” Dah lah penat than kena kemas barang lagi. Nasib baik saya ada penyakit tak boleh tengok barang berselerak, akhirnya saya kemas barang-barang saya dan susun baik-baik.
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan pada bulan pertama saya tidak menyertai sebab asyik tak sihat dan dapat LDOD. 17 January 12.00 malam dah start duty malam. For the first round, saya masuk, roda pukul 4 sampai 6 pagi. (19 January) Partner saya ialah Ain. Kami beroda bersama Hanim dan Priya sekali 2 jam. Beberapa hari selepas roda malam, deman datang cari saya lagi. Hari tu hari perasmian ketua-ketua, pakaian full loreng, pagi-pagi ada raptain. Apa yang sudah berlaku pada hari tu, saya tak pasti yang saya tahu sekeliling saya banyak kawan yang tolong jaga saya, bawa saya pergi medic. Deman panas sampai 39.4C, cikgu medic bagi makan ubat dan suruh pergi mandi. YY dan ah thung teman saya pergi mandi. (Kepada kawan-kawan yang jaga saya semasa saya sakit, saya ucap ribuan terima kasih dan juga kepada cikgu medic yang selalu sabar dengan perangai saya. Jasa dan budi kawan-kawan dan cikgu-cikgu kepada saya, sampai bila-bila pun saya tak kan lupa.)
Deman panas dua tiga hari tak baik + muntah pula than kena cucuk dan masuk air lagi. Lepas masuk air, deman pin turun, sakit tekak pula datang sampai suara pun hilang. Hari Jumaat selalunya ada kawad pada petang, kawad bawah matahari yang terik. Saya tak pergi kawad duduk bawah pokok pun rasa nak pengsang, deman lagi. Kehidupan saya kat NS pada bulan pertama macam ni lah, asyik deman, asyik tak sihat sehingga tahun baru cina. Hampir setiap hari saya pergi medic dan berehat kat situ. ( Medic dah jadi macam rumah saya, kat dalam ada ibu, mama dan juga ayah. Rasa nak balik sana je sekarang.)
Setiap hari Khamis masa time riadah ada mentor mentee. Cikgu Sarif ialah Mentor saya. Perjumpaan kami berada di belakang Café. Satu kumpulan 12 orang pelatih, 6 wira dan 6 wirawati, semua dari company Charlie. For the first aktiviti mentor mentee, kita ada aktiviti pijak surat khabar. Saya, Sofia, Hanim dan 2 budak dorm Siti Khadijah (nama lupa, sorry) satu kumpulan. Lipat surat khabar sampai paling kecil dan pijak di atas.
25 January, saya nampak sihat, so pergi join aktiviti gotong-royong kat rumah orang-orang tua dan rumah anak yatim di Manjung. Di sana, saya dapat jumpa kawan saya yang satu sekolah dengan saya. Dia dari kem Segari. Budak kem Segari pakai half-loreng manakala kami pakai baju bebas + vest sukarela. Saya, yy dan Shiermay mengambil tugas lap tingkap di rumah anak yatim. Semua orang mempunyai tugas masing-masing seperti menghias rumah anak yatim dan rumah orang tua, mengecat dinding, membersihkan taman, dan sebagainya. Kami membuat kerja sambil bersembang, so tak rasa penat sangat. Tengah hari, kami makan lunch kat sana sebelum pulang ke kem. Gotong-royong bagi saya memang penat tapi seronok. Petang ada ceramah kerjaya dari pihat College dan Universiti. Petang-petang macam tu, cuaca panas membuat orang mengantuk. Tidurlah saya kat dewan tu, Charles pula datang kacau. Lepas ceramah, minum petang dan Tuan TKP pula suruh pelatih yang pergi gotong-royong pagi tadi berkumpul kat dewan. Rupanya nak bagi tahu kejap nanti dapat pergi Aeon. Itu perjanjian komandan semalan. Tak sangka duduk kat PLKN pun dapat pergi shopping. Malam semasa nak pulang balik ke kem, ada dua orang hilang, samapi Tuan TKP datang cari. Mereka pula lari ke bas, sampai kat bas seorang pengsan. Malam tu banyak orang tak sihat, ada yang muntah, ada yang pening… termasuk saya. Hari tu adalah hari yang paling penat, dari pagi sampai malam tak ada masa nak rehat langsung. Nasib baik keesokan hari Ahad tak payah bangun awal untuk PT pagi, tapi for non-muslim kami ada kelas agama kat tokong.
First month kat NS come to end, 29 January, last day at camp than 4 days holiday for Tahun Baru Cina. Pagi-pagi macam biasa ada PT pagi, ada kelas… sebelum masuk ke kelas, saya pergi medic ambil ubat antibiotic. Kosong je medic hari tu, tinggal seorang doctor kat dalam je. Selalunya time macam tu medic akan penuh dengan pelatih yang sakit. Kebanyakan pelatih nampak happy je pada hari tu sebab petang dah boleh balik dah, bagi yang family datang ambil je. Kesian budak yang balik dengan bas, mereka balik esok dan petang ada kawad pula. Selepas lunch, balik dorm kemas barang, bersiap sedia untuk balik, tak sabar nak balik dah… Saya tak balik rumah kat Shah Alam, terus balik ke kampong di Kuala Kangsar. Tumbang kereta Ah thung balik ke rumah dia untuk tunggu keluarga yy datang ambil kita. Semasa tunggu keluarga ah thung datang, kami berada di dewan. Saya pula dengan kawan-kawan lain bersembang dengan cikgu kauselling. A’o bagi tahu: dia buat penanguhan dan tak kan balik ke kem lepas tahun baru cina. ( A’o ketua company wirawati Charlie, kalau dia buat penanguhan siapa yang akan ganti dia nanti, fikir saya.)

The story will be continues… but I duuno how to continues so just stop at here. XD